Wednesday, 17 August 2011

Rezeki di bulan Puasa!!

Salam semua. Yuhuuuuu! Hai hai #lambaitangan. Da masuk hari ke 17 kita puasa kan., tutp..tup tgl baper hari lagi nak raya, weeiii Tak sabooor! Makin lama, makin cepat raya. Bulan 8 dah puasa, bulan 9 da raya. Takpe-takpe moga sentiasa dikurniakan rahmatNya.

FYI, ai ni da lama gi interview banyak tempat tp satu pun tak melekat, so last 2 weeks pergi interview mintak kerja. Gigih ni gi interbiew, mmg nk cari keje lain sesangat. Sebab? Nak kuar dari kepompong, hikhikhik dan alhamdulilah mintak kerja terus dapat (beria2 jek...dapat kerh) siap PE ngan boss ckap sok dorang call nak bg tau dapat.. Yeahhh! Rezeki. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. #bakalbos  & PE banyak gak tanya, almaklum la nk tukar bidang kan..cuma cert-cert pun dorang tak tgk, hanya berbekalkan pengalaman yang ada, lg pun dorg nk cepat tuk gantikan asst PE yg da nk berenti hujung bln ni (sbb nk sambung blaja pas raya). Lega, harap-harap semuanya okay.

Kerja apa? Kat mana? Haha itu rahsia. Tapi ai rasa ai bakal suka dengan kerja yang ai dapat ni. Macam biasa, kerja #baru ni kena tahan stress (hikhikhik, sbb slama ni kerja rileks jek) tapi yang paling penting...sabtu tak kijer, yahoo....saat yg ai idam 2 kan..Sabar ajelah. So, ai start kerja bulan puasa ni. Doakan ai sentiasa murah rezeki okay! 
Semalam ai da hantar surat untuk tender dan HR da pun accept.....yipee.....

Tuesday, 16 August 2011

TWINS REQUIRED!!!



so kepada sesiapa yg ada anak kembar tu, yang rase nak snap gambar cantik-cantik 
tuk buat kenangan-kenangan 2 tu leh la gi terjah 
my sis nak cari kanak-kanak twins lak tuk sesi bergambar kali ni....

jadinya boleh la calling2 or sms terus ke no 019-290 7804 or 
oleh email ke email2 berikut tuk maklumat lanjut or 
sebarang pertanyaan pasal harga yer...

noorhana@mytoddlerphotos.com
hemin@mytoddlerphotos.com
qimie@mytoddlerphotos.com

:D

Monday, 15 August 2011

Good Day !!

Good day !!


Tuk ai tak la so good sangat pun......huhuhu (mode : sedih), ye la....da nk masuk hari ke-16 posa tak gaji still tak dapat-dapat lagi...tak ker haru dibuatnya.....mana dengan nak bayar keperluan, nak berposa lg, tup-tup tak lebih tak kurang lg 2 minggu nak sambut raya. Orang lain dok sibok shoppink sana sini...
tp tak per, ni la nama nya dugaan di bulan puasa...
smoga penderitaan ini akan berakhir....

Ok, tutup citer pasal tarak gaji ni....

Rasa nya banyak entry yg belum sempat nk d'blog kan, baru ingat nk coret2 cari gambar tarak..lupa plak yg incik somi da transfer masuk dalam hard disk dier so gambar yang tinggal cuma masa buka posa kat klang ari tu...
(kira citer2 yg lum d'blog kan tu kiv dulu la ek..hehehe)

Sabtu lepas plan nak masak jek kat uma tp tertiba dapat call dari mamadia..cakap yang tok mama ajak datang buka kat uma kepit, jadi nya segala bahan-bahan tuk dimasak terpaksa la disimpan ke dalam peti ais balik...so bersiap2 la kami anak beranak untuk gi keluar, hujan lak ari tu.....sebelum sampai sana sempat la ai singgah param tuk beli makanan tambahan...so we ouls beli murtabak (not bad la rasa dier)...

Antara juadah berbuka pada ari tu..ada nasi lemak homemade by tok mama berserta rencah-rencah tambahan mcm telur rebus, kacang + ikan bilis grg, ayam grg berempah, sayur kangkung, paru goreng dan lain2 lagi, ada murtabak, ada ayam goreng, ada kuih-kuih, ada macam-macam jenis air serta byk lagi la..
(da lupa lak, sbb tak snap gambar pun)

Abis jek berbuka, lepak-lepak dulu sebelum berangkat pulang.....

Antara pic yang sempat di snap, layan yer....

 cikubi baca paper ngan tok mama

peace

dadam & cikubi





Nota Kaki:- Cepat-cepat la bergaji.....

Wednesday, 3 August 2011

Hi Tea @ Atrium Cafe, Sunway Resort

Seminggu sebelum nak posa, ai ngan incik somi berdua2an gi hi tea kat atrium café (hasil sumbangan voucher adalah daripada opis incik somi la)…..voucher tuk 2 org dewasa, klu nk bwk kanak2 kna tambah ongkos’e sdiri lor. Harga tuk hi tea bg kanak-kanak RM32.90 (mahai tul, dak kecik bwh 12thn bukan nya makan byk pun) actually voucher da lama dpt tp xsempat2 nk gi, last2 booking 24/7 seb baik sempat sbb tarikh last voucher 28/7 dan
hi tea tu hanya leh claim time weekend jek…
Jadinya pagi2 lg arissy da kena culik ngan mamadia dier bwk gi Hulu Langat pastu gi makan2 kat Tupai2 lak, so leh la mimi n papa dating tgahri tu…hikhikhik.. 
Atrium Café ni senang je nak cari.. tak pyh susah2 nak masuk hotel... gi je kat sunway shopg mall tu... dia link dgn atrium cafe... senang sgt...

Ni adalah koleksi pencuci mulut yang ada kat situ, opss lupa lak nk bagitau yang kat atrium café ni makanan semua buffet, so korang leh melantak smpi kenyang….
hi tea start dr kul 12tgh – 4ptg….

ni pulak hasil rembatan 1st round, ada kupang, kambing, sayur......
pastu makan satay, sup ekor n roti plak....


posing seblum ngap.........
so bila da kenyang, round2 dlm piramid tu jap n terus cabut gi kota damansara lak...


Thursday, 14 July 2011

MyToddlerPhotos.com....Soft Launch Promotion!!

*
*
*
*
*
*
Klik sini : http://www.mytoddlerphotos.com/ 


Sempena pelancaran MYTODDLERPHOTOS ni, ada banyak promosi utk TODDLERS Photography. 

Serendah RM350 pun ada, lain-lain package uols check sendiri kat website dier kay..uols akan ade koleksi gambar si kecil kesayangan uols utuk dijadikan memori 

yang pasti akan menjadi gelak tawa sekeluarga bila ditatap pada masa akan datang..



Untuk promosi yang menarik lagi tertarik ini..if  uols sume berminat leh la klik , macam-macam ada... sini pun ada sample gak kalu uols nk tengok2. 




mari support biz Cik Inda & Cik Min saya..nanti Cik Inda dah kaya jgn lupe banje arissy tauu!

ehehe.

wuwuwuuuuu Cik Inda n Cik Min saya dah ade bisnes.

all the best Cik Inda & Cik Min..! arissy luv u so seteronggg...


:DD

Friday, 8 July 2011

BBQ + Berkelah di Sg. Congkak~~!!

Pada awal bulan June yg lepas, I ngan cik puan Aznie (AA) plan nk gi berkelah plak…so kami pun pilih la sungai congkak sbb nak bawak dak tenit dua org (Tia n Cikubi) gi mandi manda kat sana…so pas plan2 sume, pilih la tarikh 12 June bersamaan hari ahad…malam sebelum gi sana tu, I sebagai ajk bakar2 ni…buat la operasi perap memerap ni….antara bahan yg kami nk bakar sok adalah ayam, sosej, ikan, kambing n jagung jek..xbyk pun sbb cik puan AA pun akan bwk makanan gak (kari ayam, nasi, sandwich, agar2), incik Tom pulak bawa jajan-jajan dengan air minuman.

Kali ni plan 3 family jek yang pegi, family I, family incik tom mot dan cik puan AA serta incik sominya (dorg ni parent to be)…

Kul 8 janji kat petronas taman tenaga, n seperti biasa tukang bagi direction yang paling lambat skali…hehehe (sbb nya tunggu nasi masak)…sowi patut nya I yg kna masak..

Gerak gi sg congkak dalam kul 8.30am gitu…smpi dalam kul 10lebih kot,

So sampai jek sana terus gi cari tempat port, parking rm 5 per kereta, chalet rm50 (ikut jenis chalet la) per hari.

ni la chalet yang kitaorg sewa

Pas da letak barang semua, dak kenit berdua tu lak pantang nampak air....da x sabar nk mandi. 

Dua org dak tenit yang xsabar nk menyertai acara mandi manda..

Oleh kerana sampai awal pagi, so kami sume gi la mandi-mandi dulu....dak-dak kenit tu bukan main happy lagi termasuk la yang bapak-bapak budak n bakal jd bapak org pun bukan main pose kat dalam sungai...

Dalam kul 12 baru la start bakar membakar, memang besh la...macam-macam ada makanan, mengalahkan makan 20org nyer lak..hehehe




Kerja bakar-bakar diserahkan kepada kaum lelaki yer, kitaorg kaum ibu2 dok sediakan makanan yang lain lak...dak kenit berdua tu da otw nk tido pas penat main air.

Bila da siap masak, apalagi...makan time a


Memandangkan semua da kenyang n Cikubi & Tia pun da bangun, maka nya seround dua lagi la mandi sambil bergambar bersama-sama (tenkiu incik tripod)


Kalu diperhatikan, ada tiga group kaler pada ari tu...hehehe, boleh lak tak perasan dari awal. Ada group uma putih (Cik Puan AA laki bini), uma hitam (Incik Tom Mot) dan uma coklat (family i lor)...


Pas semua da penat mandi, masa tuk pulang...tapi hujan la plak kejab, so duk dulu 1/2 jam. Otw nk balik tu, incik Tom nak berenti beli pucuk paku. Seb baik ader lg, incik somi lak nampak ada cendawan sisir pun beli gak....

(dialog semasa proses nk membeli..hehehe)





Wednesday, 6 July 2011

Rafting, BBQ & Caving @ Gua Tempurung Gopeng, Perak – Part 2

bersambung dr Part 1 yer tuan2, Puan2, Cik2..

5hb June 2011, Ahad

So pagi-pagi lg da bangun kemaskan barang-barang bbq smlm, sebab nk gi masuk gua kul 9. Kalau sesiapa yang tak tahu, Gua tempurung ini terletak di Perak Darul Ridzuan. Sebab kat perak lah kiteorang pergi. Kalau jauh-jauh takdanye kiteorang nak pergi (ley caye ke?). Kiteorang ingat nk amek pakej yang paling mahal/paling mencabar nama dia “THE GRAND TOUR”. Harga dia RM22 untuk seorang. Tapi cancel last minute, tukar ke tour no.3 “ Top of the World & Short River Adventure” RM 11. Tapi memang best lah. Korang akan memanjat, menggelongsor, membasahkan badan, merangkak dan macam2 lagi kurang adventure skit la drpd Grand Tour tu…. Nak tahu lebih lanjut tentang tour yang ada klik sini yer..Hehe. Meh i quote dari page dia sket.

“expect thrilling moments as you have the adrenalin-pumping spelunking adventure of your life time. You will wade through the underground river that reaches chest level at certain stretches, duck-walk and crawl through holes, climb almost vertical walls and slide down slippery stones. The physical challenges will be worth it”

Jadi layan gambar-gambar dulu yer, citer panjang skit...




Perjalanan keluar tidaklah sesukar perjalanan masuk. Ini kerana kami menggunakan laluan yang berbeza. Walaupun laluannya kurang mencabar, tapi kena la mendaki sejumlah 600++ anak tangga gak la utk menuju ke puncak gua yang dikenali sebagai Top of The World. Tangga menuju ke situ amat curam dan tidak mempunyai tempat atau pelantar yang membolehkan peserta berhenti melepaskan lelah. Mahu tak mahu, maka hendaklah teruskan juga pendakian sehingga ke puncak. Di puncak, kami dapat memerhatikan dengan jelas stalakmit yang gergasi bersaiz kira-kira tujuh pemeluk manusia.



Kemudian, kami meneruskan perjalanan dengan menuruni kira-kira 643 anak tangga yang ada kalanya tidak sekata, tidak lurus, bercerun. Sebenarnya perjalanan turun bukanlah betul-betul turun. Ada kalanya kami perlu menaiki anak tangga dan ada kalanya kami perlu menuruni anak tangga. Tapi jumlah anak tangga yang perlu dinaiki kurang daripada jumlah anak tangga yang perlu dituruni. Dalam perjalanan turun, kami dapat melihat pelbagai bentuk permukaan stalaktit dan stalakmit yang terbentuk hasil daripada pengaliran air di gua batu kapur ini. Ada diantaranya ialah, yang berbentuk seperti Kuda Laut, perempuan mengandung, kapal angkasa, ikan pari, itik berenang, muka kucing, perempuan bertudung yang sedang tidur. Tapi, yang paling menarik perhatian ialah batu yang berbentuk perempuan mengandung. Ini kerana ia kelihatan seperti perempuan berambut keriting panjang, berwajah bulat dan keadaan perutnya yang kedepan seakan-akan perempuan mengandung.

Setelah penat naik turun tangga, sampai la ke laluan yang memerlukan kitaorg turun dengan cara mengelongsor. Ia merupakan laluan yang paling mencabar kerana terpaksa mengelongsor turun cerun yang curam. Kitaorg tidak berpaut pada sebarang tali. Semua dapat melakukannya dengan sempurna. Selepas itu, kitaorg dikehendaki meloloskan diri kedalam lubang yang berdiameter kira-kira 70cm. Kami diminta turun dengan perlahan-lahan dengan cara kaki ke bawah. Bagi orang yang badannya bersaiz XXL, memang laluan ini agak sukar baginya. Hehehe…




Perjalanan dalam gua tu lebih kurang 4 kilometer. Masa tu kitaorang berjaya keluar dari gua itu setelah 2 1/2 jam berada di dalam gua tersebut.




Ni memang pengalaman pertama I masuk gua lah. Meh la I bagi tips sikit kalau nak amek pakej “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni.

Pakaian: kalau boleh pakailah seluar panjang yang tebal sikit sebab korang akan menggelongsor dan merangkak. Agak-agak taknak luka, calar pakailah pakaian yang sesuai. Oh jangan lupa bawak pakaian lebih untuk tukar nanti, tapi tu boleh je tinggal dalam kete

Kasut: Disebabkan korang akan memanjat, menggelongsor, masuk air, keluar air. Pakailah kasut yang “water-grip”. Tapi ade je yang pakai crocs masuk dalam gua tu. Seelok-eloknya pakailah kasut untuk keselamatan.

Lampu suluh: dalam gua tu nanti memang gelap gila lah. Kalau korang tak ada lampu memang tak nampak apa-apa. Kalau boleh, bawak lampu suruh yang boleh ikat kat kepala supaya senang nak berjalan.

Tenaga: Korang akan stay dalam tu 4jam (maksimum kot), bawaklah air yang secukupnya dan makanan tenaga supaya korang sentiasa bertenaga meneruskan perjalanan.

Kamera: I dah bagi tahu yang “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni akan masuk air, panjat2, gelongsor. Oleh itu, bawaklah camera yang bersesuaian ye. Kalau korang yakin giler, nak bawak DSLR pun boleeeee… =p (macam I, hehehe)


Beg: bawaklah bagpack yang kalis air. (Pinjam bag cikubi)

gambar i n sugarplum


Sekian