Tuesday 11 October 2011

Pulau Pangkor @ Pangkor Sandy Beach Resort = Part I

kat entry lepas2 kan ai de ckp nak pegi trip aka family day trip with officemate incik somi.... so pagi2 jumaat tuk kitaorg kena berkumpul kat depan Sunway Resort pasal bas da sedia tunggu kat situ, kereta kami parking kat Sunway Resort utk 3hari so harga parking tunggu bler da blik nanti yer baru tahu...tapi kalu tak silap RM9/day (yang penting leh claim)

Family day kali ni, buat dekat Pulau Pangkor
maps pulau pangkor

ni kira 2nd trip hubby larr ke pangkor (yg 1st gi ngan ex-co).... as you know pangkor biasa la, tak de pape sangat pun.... sajer nak merehat2 kan diri dan menenangkan kepala otak ni jer.... 

hari kejadian adalah hari jumaat lepas (time hari malaysia tu), kitorang gerak kul 9 pagi dari Sunway terus pegi jetty marina yg baru tu.... nanti ai citer lak pasal apa kitorang naik dari jeti Marina ni....

*
*
*


jetty marina....

Ni nak citer skit sejarah Jetty Marina ni; merupakan sebuah marina bernilai RM1 bilion yang berfungsi sebagai pelabuhan kapal persiaran pertama di Asia Pasifik, telah dibina di kawasan tambakan laut Teluk Muroh di sini oleh syarikat Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd. Marina Island Lumut, adalah township baru yang dibangunkan beserta dengan kemudahan hotel, services apartment, stesen bas, Jeti ke Pulau Pangkor dan kawasan komersial. Tapi dari pandangan mata ai, kawasan ni macam belum siap 100% pun. Selain Jeti ada gak la kedai-kedai dan hotel yang da mula beroperasi Jeti ke Pulau Pangkor ni adalah sebagai alternatif bagi jeti yang sedia ada di pekan lumut. Jeti Marina Island ni agak strategi memandangkan jaraknya yang dekat dengan Pulau Pangkor dan hanya ambil masa 10minit jek nak sampai Pulau tu..tak macam dari jeti lumut...makan 45 minit gak la kot..(macam tau jek, padahal dengar citer orang). Keadaan kawasan sekitarnya pun cantik, dikelilingi oleh laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Ada gak tempat untuk kapal-kapal mewah dan persendirian.

otw ke pulau pangkor

Perjalanan dr KL ke Jetty ni makan masa 4jam gak la kot, akhirnya kami pun sampai kat jetty marina dalam kul 1pm gitu la, memandangkan ferry baru pas bergerak, mengusung la travel bag besar untuk 3 orang punya keperluan..macam nak gi duduk seminggu kat Pangkor tu gi ke gate pelepasan. So kena la tunggu jap utk ferry yang seterusnya dalam kul 1.45pm . 
 
jadual perjalanan

jetty marina

Bila da dekat setengah jam tunggu, we'ols pun naik la ferry menuju ker Pulau Pangkor..hehehe, dalam ferry tu ramai gak orang, almaklum la cuti kan. Dalam tak sampai setengah jam gitu da sampai di Pangkor Jetty..(jap jek klu naik dr jetty marina berbanding dari jetty lumut, jetty lumut makan setengah -45 minit gak la).
Sampai-sampai jek kat Jetty Pangkor, da nampak teksi kaler pink pastu ramai lak tauke2 perkhidmatan sewa keta / moto da standby tunggu pelancong2 yang nak gi bercuti..ye la, bila bercuti kat pulau cenggini, da tentulah pengankutan amat diperlukan tapi kitaorg nyer resort da tolak settlekan...just gi naik teksi pink tu jek. Tak payah pening2 nk cr teksi..lalala

 jetty pangkor

citer pepanjang pun tak guna jom layan gambar..

Pangkor Sandy Beach Resort

Segala penginapan dicari oleh office incik somi la, so dorang pilih nak stay kat Pangkor Sandy Beach Resort http://www.pangkorsandybeach.com/ betul2 dekat dgn Pantai Pasir Bogak kot kalu tak silap. Pantai Pasir Bogak ni boleh dikatakan sebagai 'Greatest Swimming Pool in the World' entah sapa yang kata pun ai tak tau yer..hehehe

Air di pantai situ memang agak cetek dan jernih, ada banyak aktiviti pantai kat situ selain daripada mandi manda. Antara aktiviti sukan air seperti jet-ski, snorkeling, berkayak, naik bot pusing keliling pulau serta naik banana boat dan seangkatannya, ada gak tempat nak main bola tampar. Kalau hujung minggu atau musim cuti mesti lagi ramai orang.

Resort tu sangat comel, selesa dan okay la..selepas selesai semua urusan perbahagian bilik-bilik maka kami anak beranak pun naik la tingkat 1, bilik pun besar gak, kitaorg dapat bilik standard tapi katil king...

 gambar bilik la

Selepas letak bag n barang-barang sume, kitorang pun turun gi cari kedai makan...ye la kan, dari pagi sempat makan nuget jek, depan resort tu ada satu warung..ai order asam laksa, perh..sedap giler, pedas..masam sume cukup la rasa dia....tu yang rasa macam nak makan lagi semangkuk..hehehe, incik somi lak makan nasi goreng USA..cikubi pau sikit nasi goreng papa dier la kan.. 

Bila da kenyang, balik bilik la....landing time sebab masing2 da penat naik bas + ferry..lagi pun tak ada aktiviti tetap, semua aktiviti bebas..so suka hati la nak buat apa...jalan2 tepi pantai leh, mandi kolam leh, mandi laut leh...tapi kami bertiga malas nak jalan-jalan so lepak dalam bilik jek..lagi pun cikubi dan incik somi da ngantuk.


Dalam kul 5, pas bangun tido..masa tuk masuk kolam la, cikubi da excited gila masa baru sampai tadi...
pose dulu sebelum terjun kolam

ai kena layan cikubi mandi kolam sebab incik somi nak gi asah bakat tangkap gambar dier la. so gambar harus la tak de yer...hehehe

Pas da dekat sejam berendam, kitaorg pun naik gi bilik tuk sesiap turn dinner, ala..dinner dalam resort gak...sebelum dinner tengok matahari nak terbenam dulu...cantik uols..

 ai ngan cikubi sayang

 my chenta hati

 beramai-ramai

Jadinya, malam pun tak ada aktiviti, terpulang la kepada masing nak buat apa, nak gi pusing-pusing satu pulau pun da malam, taxi pink memang tak beroperasi la di malam hari..maka layan duk tepi kolam la nampaknya..

Agak-agak da boring, naik bilik la tido.....

*
*
*
*
*

bersambung ke part 2 yer ...daaaaa..


Nota Kaki:- Ada lagi 2-3 citer lum kuar......ada masa lapang baru sempat nak buat

 








No comments:

Post a Comment