Wednesday 28 September 2011

Empire Gallery Subang MELETUP!!

Ada berita cakap shopping mall 'E' aka Empire meletup pagi tadi akibat kebocoran gas

layan gambar di bawah yer..




berita dekat surat khabar hari ni 

SUBANG JAYA 28 Sept. – Dua orang cedera dalam kejadian letupan di pusat membeli-belah Empire Sumbang pada pukul 3.45 pagi.

Keadaan pusat membeli-belah Empire Subang apabila berlaku letupan akibat kebocoran gas.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat berkata, sebanyak 300 orang lagi berjaya dibawa keluar daripada hotel yang terletak di menara atas pusat membeli-belah tersebut.

“Dalam kejadian pagi ini  seorang pengawal keselamatan berbangsa Nepal dan seorang penduduk tempatan cedera dan telah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan,” menurut jurucakap tersebut.
Tambah beliau, kejadian itu dipercayai akibat kebocoran gas yang berpunca dari salah sebuah kedai di aras bawah .
Keadaan pusat membeli-belah Empire Subang apabila berlaku letupan akibat kebocoran gas


nak tau lebih lagi sila jenguk blog ini (byk gambar sikit...layan...)

Perh......seb baik tak gi...

Tuesday 27 September 2011

Photoshoot Raya Oh Raya Part I @ Shah Alam

Memandangkan gambar-gambar untuk photoshoot ahad lepas jek ada dalam lappy ni, so dimulakan dengan acara tersebut dulu la yer.....tuk yang lain-lain tu tunggu bila kerajinan melanda, almaklum la...sejak start keje baru ni,tak berkesempatan nak berblog...padahal online sentiasa,

So ahad malam dalam kul 8 lebih tu, ai sefamily pun kluar la rumah untuk menuju ke rumah maharani aka mama aka maimon mutallib, on d way nak ke sana keluar dari bandar puteri adalah sedikit jem..padahal ahad malam tu..lain la kalu hari bkerja, memang selalu jem la..selang dua tiga depan kereta ai ada kereta polis ni..laju kemain, elok pas flyover ke puchong intan arah ke shah alam kereta depan makin slow...nampak la lampu kereta polis tu nyala, rupa-rupanya ada eksiden sebelum u-turn dekat tol ldp...kereta langgar moto kot, sebab dekat dengan moto tu ada india tua da terbaring berdarah-darah...memang nampak la sebab lalu sebelah jek, ngeri lak ai tengok walaupun tak parah...nasib india tua tu tak dapat dipastikan sebab helmet yg dia pakai da tercabut...

Pas tengok eksiden tu jap (sekali lalu jek), ai sefamily pun terus kan perjalanan gi uma maharani, sampai sana maharani lum balik lagi sebab dier gi open house (nama pun mood raya lagi)......so lepak-lepak dulu sebelum start,OP untuk malam tu adalah incik somi..hehehe, elok maharani sampai bersiap-siap la semua berbaju raya walaupun da nak habis raya.

Jadi layan la gambar-gambar tuk acara photoshoot raya di bawah ni yer...
Tema untuk baju raya tahun ni adalah dipilih oleh maharani dan penolong kanannya, bunga-bunga tuk seisi keluarga.

Mula kan dengan gambar puan nya blog sefamily 

Maharani dan anak-anak

mr & mrs kepit's sefamily & maharani

puan blog sefamily & maharani
cikubi dengan senyuman yang manis...

maharani bersama-sama bodyguard2 nya

 maharani dengan penolong2 kiri kanan nya

maharani dengan ai n incik somi

dan gambar rasmi untuk acara photoshoot adalah gambar beramai-ramai

memandangkan photoshoot dibuat pada hari ahad dan hari besoknya nak keje maka tak perlulah banyak sangat bergambar yer....hehehe

sebelum balik pose tuk kali terakhir

me and incik somi

Maka untuk raya kali ni, hanya phootshoot ni jek yang berjaya dilakukan setakat ini, untuk my family seremban...jom la kita gi serbu kat studio cik inda n cik min kalu nak wat photoshoot..hehe, family pekan pun tak der gambar rasmi raya sebab tak sempat nak berphotoshoot kerana gi wat lawatan sambil beraya.











Sunday 25 September 2011

Cikubi Oh Cikubi!!

Aktiviti cikubi di hari minggu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Meh kita layan jap....


cikubi layan nyanyi lagu Kisah Kita - Alyah


malam ni nak gi uma tok mama..ader photoshoot raye aka raya sekali, 
da nak abis raya baru nak dapat gi uma tok mama cikubi..
almaklum la...minggu2 lepas busy kemain..
gambar nanti ai taruk yer....hihihi (da bersusun-susun tunggu nk di hapdate)

Tuesday 13 September 2011

Tips untuk Melencong, eh silap. Melancong!

Minggu ni adalah bz sangat-sangat macam lebah. HAHAHAHA...Lebah bz kerh??
Fikiran pun aik da sarat dengan kVA la, Volt tu ini la..

Sampai hilang mood rasanya nak pergi bercuti jumaat ni. Eh...ilang mood kerh?? 
Opkos la tak hilangkan..mana leh ilang...hehehe



*
*
*
*
*
*
*


So untuk menghangatkan semangat ai sendiri untuk gi melancong aka family day opis inci somi, ai nak bagi tips 'Untuk Pergi Melancong'. Kelakar jek siap nak bagi tips bagai...padahal bukan selalu gi melancong pun, paling last pun gi melancong ikut company trip gi Eygpt.





Tips Untuk Pergi Melancong

1. Rancang cuti anda. Mesti lah kena rancang, takut tak sempat apply cuti. So kena betul-betul tetapkan tarikh yang semua available(hubby & wife & kids). Bagi yang ada anak sekolah, kena lah apply masa cuti sekolah .Cuti sekolah paling dekat bulan 11 kot. Kalo boleh , apply dulu cuti, kalo dah lulus baru buleh buat perancangan seterusnya.

2. Pilih Destinasi Percutian. Untuk menambahkan pendapatan negara, baik lah melancong dalam negeri ajer.[ayat orang tak berapa banyak duit macam ni lah..hahaha]

3. Booking flight/ Servis Kereta - Bagi yang suka booking flight , mesti dah tahu bila nak dapatkan tambang murah kan.Macam sekarang kat Air Asia tengah ada promosi. Bagi yang nak bercuti, sila la book sekarang.

Tapi yang tak mampu macam ai, kena la servis kereta untuk menuju ke destinasi percutian yang diidamkan. Tapi kali ni gi naik bas beramai-ramai...ala-ala rombongan cik kiah tu.



4.Tempah Bilik/Hotel/Chalet Awal - Pastikan bilik ada yer untuk destinasi percutian anda.Kang tak pepasal kena tido masjid pulak.hehehehe.Nak-nak kalo yang suka main terjah ajer, memang korang kena terjah ke masjid dan surau ajer la pada musim-musim cuti sekolah nanti.

5. Double confirm Flight / Tempahan Bilik/Hotel/Chalet - Kalo buleh, seminggu atau 2-3 hari sebelum pergi melancong tu, double confirm balik urusan-urusan ni.Mana lah tahu, diorang terlepas pandang ke haper.

6. Packing - Apa lagi, kena packing la barang-barang untuk bawak kesana. Dengar kata kat Pulau Pangkor, makan mahal, ye ker???


7.Tido Yang Mencukupi - Bagi yang naik kereta dan esp yang bawak kereta lah, kena rehat yang mencukupi lah untuk drive nanti. Sayang rasa sempat ker rehat erk?? hehehehe . Tapi bagi yang naik bas leh la tido dulu sebelum sampai..hehehe


8. Duit mencukupi/ Kad kredit/ Kad Debit - mana la tau nak beli souvebier ker haper kan..hehehe. Yang paling penting ialah kad kredit/ kad debit jangan lupa arr?? in case emergency leh guna.


9. Ubat-Ubatan - pada yang ada alergic, or sewaktu dengannya..sila la bawa apa yang patut yer.



Ni ajer ai mampu fikir. Ada apa-apa tambahan tips tak untuk ai? Sila habaq mai naaa...

Selamat bercuti dan jalan-jalan



nota kaki : macam banyak entry yang ai terhutang nk post jek...tak per..slow2 kay...hehehe