Thursday 14 July 2011

MyToddlerPhotos.com....Soft Launch Promotion!!

*
*
*
*
*
*
Klik sini : http://www.mytoddlerphotos.com/ 


Sempena pelancaran MYTODDLERPHOTOS ni, ada banyak promosi utk TODDLERS Photography. 

Serendah RM350 pun ada, lain-lain package uols check sendiri kat website dier kay..uols akan ade koleksi gambar si kecil kesayangan uols utuk dijadikan memori 

yang pasti akan menjadi gelak tawa sekeluarga bila ditatap pada masa akan datang..



Untuk promosi yang menarik lagi tertarik ini..if  uols sume berminat leh la klik , macam-macam ada... sini pun ada sample gak kalu uols nk tengok2. 




mari support biz Cik Inda & Cik Min saya..nanti Cik Inda dah kaya jgn lupe banje arissy tauu!

ehehe.

wuwuwuuuuu Cik Inda n Cik Min saya dah ade bisnes.

all the best Cik Inda & Cik Min..! arissy luv u so seteronggg...


:DD

Friday 8 July 2011

BBQ + Berkelah di Sg. Congkak~~!!

Pada awal bulan June yg lepas, I ngan cik puan Aznie (AA) plan nk gi berkelah plak…so kami pun pilih la sungai congkak sbb nak bawak dak tenit dua org (Tia n Cikubi) gi mandi manda kat sana…so pas plan2 sume, pilih la tarikh 12 June bersamaan hari ahad…malam sebelum gi sana tu, I sebagai ajk bakar2 ni…buat la operasi perap memerap ni….antara bahan yg kami nk bakar sok adalah ayam, sosej, ikan, kambing n jagung jek..xbyk pun sbb cik puan AA pun akan bwk makanan gak (kari ayam, nasi, sandwich, agar2), incik Tom pulak bawa jajan-jajan dengan air minuman.

Kali ni plan 3 family jek yang pegi, family I, family incik tom mot dan cik puan AA serta incik sominya (dorg ni parent to be)…

Kul 8 janji kat petronas taman tenaga, n seperti biasa tukang bagi direction yang paling lambat skali…hehehe (sbb nya tunggu nasi masak)…sowi patut nya I yg kna masak..

Gerak gi sg congkak dalam kul 8.30am gitu…smpi dalam kul 10lebih kot,

So sampai jek sana terus gi cari tempat port, parking rm 5 per kereta, chalet rm50 (ikut jenis chalet la) per hari.

ni la chalet yang kitaorg sewa

Pas da letak barang semua, dak kenit berdua tu lak pantang nampak air....da x sabar nk mandi. 

Dua org dak tenit yang xsabar nk menyertai acara mandi manda..

Oleh kerana sampai awal pagi, so kami sume gi la mandi-mandi dulu....dak-dak kenit tu bukan main happy lagi termasuk la yang bapak-bapak budak n bakal jd bapak org pun bukan main pose kat dalam sungai...

Dalam kul 12 baru la start bakar membakar, memang besh la...macam-macam ada makanan, mengalahkan makan 20org nyer lak..hehehe




Kerja bakar-bakar diserahkan kepada kaum lelaki yer, kitaorg kaum ibu2 dok sediakan makanan yang lain lak...dak kenit berdua tu da otw nk tido pas penat main air.

Bila da siap masak, apalagi...makan time a


Memandangkan semua da kenyang n Cikubi & Tia pun da bangun, maka nya seround dua lagi la mandi sambil bergambar bersama-sama (tenkiu incik tripod)


Kalu diperhatikan, ada tiga group kaler pada ari tu...hehehe, boleh lak tak perasan dari awal. Ada group uma putih (Cik Puan AA laki bini), uma hitam (Incik Tom Mot) dan uma coklat (family i lor)...


Pas semua da penat mandi, masa tuk pulang...tapi hujan la plak kejab, so duk dulu 1/2 jam. Otw nk balik tu, incik Tom nak berenti beli pucuk paku. Seb baik ader lg, incik somi lak nampak ada cendawan sisir pun beli gak....

(dialog semasa proses nk membeli..hehehe)





Wednesday 6 July 2011

Rafting, BBQ & Caving @ Gua Tempurung Gopeng, Perak – Part 2

bersambung dr Part 1 yer tuan2, Puan2, Cik2..

5hb June 2011, Ahad

So pagi-pagi lg da bangun kemaskan barang-barang bbq smlm, sebab nk gi masuk gua kul 9. Kalau sesiapa yang tak tahu, Gua tempurung ini terletak di Perak Darul Ridzuan. Sebab kat perak lah kiteorang pergi. Kalau jauh-jauh takdanye kiteorang nak pergi (ley caye ke?). Kiteorang ingat nk amek pakej yang paling mahal/paling mencabar nama dia “THE GRAND TOUR”. Harga dia RM22 untuk seorang. Tapi cancel last minute, tukar ke tour no.3 “ Top of the World & Short River Adventure” RM 11. Tapi memang best lah. Korang akan memanjat, menggelongsor, membasahkan badan, merangkak dan macam2 lagi kurang adventure skit la drpd Grand Tour tu…. Nak tahu lebih lanjut tentang tour yang ada klik sini yer..Hehe. Meh i quote dari page dia sket.

“expect thrilling moments as you have the adrenalin-pumping spelunking adventure of your life time. You will wade through the underground river that reaches chest level at certain stretches, duck-walk and crawl through holes, climb almost vertical walls and slide down slippery stones. The physical challenges will be worth it”

Jadi layan gambar-gambar dulu yer, citer panjang skit...




Perjalanan keluar tidaklah sesukar perjalanan masuk. Ini kerana kami menggunakan laluan yang berbeza. Walaupun laluannya kurang mencabar, tapi kena la mendaki sejumlah 600++ anak tangga gak la utk menuju ke puncak gua yang dikenali sebagai Top of The World. Tangga menuju ke situ amat curam dan tidak mempunyai tempat atau pelantar yang membolehkan peserta berhenti melepaskan lelah. Mahu tak mahu, maka hendaklah teruskan juga pendakian sehingga ke puncak. Di puncak, kami dapat memerhatikan dengan jelas stalakmit yang gergasi bersaiz kira-kira tujuh pemeluk manusia.



Kemudian, kami meneruskan perjalanan dengan menuruni kira-kira 643 anak tangga yang ada kalanya tidak sekata, tidak lurus, bercerun. Sebenarnya perjalanan turun bukanlah betul-betul turun. Ada kalanya kami perlu menaiki anak tangga dan ada kalanya kami perlu menuruni anak tangga. Tapi jumlah anak tangga yang perlu dinaiki kurang daripada jumlah anak tangga yang perlu dituruni. Dalam perjalanan turun, kami dapat melihat pelbagai bentuk permukaan stalaktit dan stalakmit yang terbentuk hasil daripada pengaliran air di gua batu kapur ini. Ada diantaranya ialah, yang berbentuk seperti Kuda Laut, perempuan mengandung, kapal angkasa, ikan pari, itik berenang, muka kucing, perempuan bertudung yang sedang tidur. Tapi, yang paling menarik perhatian ialah batu yang berbentuk perempuan mengandung. Ini kerana ia kelihatan seperti perempuan berambut keriting panjang, berwajah bulat dan keadaan perutnya yang kedepan seakan-akan perempuan mengandung.

Setelah penat naik turun tangga, sampai la ke laluan yang memerlukan kitaorg turun dengan cara mengelongsor. Ia merupakan laluan yang paling mencabar kerana terpaksa mengelongsor turun cerun yang curam. Kitaorg tidak berpaut pada sebarang tali. Semua dapat melakukannya dengan sempurna. Selepas itu, kitaorg dikehendaki meloloskan diri kedalam lubang yang berdiameter kira-kira 70cm. Kami diminta turun dengan perlahan-lahan dengan cara kaki ke bawah. Bagi orang yang badannya bersaiz XXL, memang laluan ini agak sukar baginya. Hehehe…




Perjalanan dalam gua tu lebih kurang 4 kilometer. Masa tu kitaorang berjaya keluar dari gua itu setelah 2 1/2 jam berada di dalam gua tersebut.




Ni memang pengalaman pertama I masuk gua lah. Meh la I bagi tips sikit kalau nak amek pakej “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni.

Pakaian: kalau boleh pakailah seluar panjang yang tebal sikit sebab korang akan menggelongsor dan merangkak. Agak-agak taknak luka, calar pakailah pakaian yang sesuai. Oh jangan lupa bawak pakaian lebih untuk tukar nanti, tapi tu boleh je tinggal dalam kete

Kasut: Disebabkan korang akan memanjat, menggelongsor, masuk air, keluar air. Pakailah kasut yang “water-grip”. Tapi ade je yang pakai crocs masuk dalam gua tu. Seelok-eloknya pakailah kasut untuk keselamatan.

Lampu suluh: dalam gua tu nanti memang gelap gila lah. Kalau korang tak ada lampu memang tak nampak apa-apa. Kalau boleh, bawak lampu suruh yang boleh ikat kat kepala supaya senang nak berjalan.

Tenaga: Korang akan stay dalam tu 4jam (maksimum kot), bawaklah air yang secukupnya dan makanan tenaga supaya korang sentiasa bertenaga meneruskan perjalanan.

Kamera: I dah bagi tahu yang “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni akan masuk air, panjat2, gelongsor. Oleh itu, bawaklah camera yang bersesuaian ye. Kalau korang yakin giler, nak bawak DSLR pun boleeeee… =p (macam I, hehehe)


Beg: bawaklah bagpack yang kalis air. (Pinjam bag cikubi)

gambar i n sugarplum


Sekian

Rafting, BBQ & Caving @ Gua Tempurung Gopeng, Perak - Part 1

Salam semua, maaf jikalau terlambat update blog ini disebabkan sibuk ke sana sini sepanjang bulan May & June yang lepas. Pada 4-5 June 2011, club SHK (Suka Hati Kami) plan buat aktiviti caving & rafting di Gopeng, Perak.

4hb June 2011, Sabtu

Untuk aktiviti rafting di pagi 4hb tu cume 4 org jek yg cuba tapi tak termasuk diriku n incik somi, balance yg lain sume dtg tengahari. Aktiviti rafting adalah dibawah pengawasan pihak Riverbug

So I n incik somi (cikubi x ikut, dier tinggal kat uma Tok Mama) tghari baru gerak gi gopeng..sbb malam tu tido lambat, ye la nk kena siapkan bahan-bahan tuk BBQ nnti….i ni kan ajk makanan bhgn bakar2 ni..

Masa otw nk gi gopeng, jam bukan main….keta bukan main byk maybe sbb cuti Public holiday n awal bulan kan, so sume org pun gi jejalan la….dekat 2jam lebih gak la nk sampai, otw tu ader kebakaran lak kat tepi highway dekat ngan bukit beruntung…




Bila da sampai Gopeng dalam kul 2lebih, mereka yang gi rafting td amik kitaorg then bwk gi tempat penginapan kali ni, yang mana mula2 plan nak tido dalam khemah, tp last minute cancel sbb khemah byk rosak…so tido kat resort chalet jek lor….jadi la

Pas letak2 brg sume, kami berdua pun gi cari kedai makan sbb da kelaparan, balik dari makan tengok sume da tak der, rupa2 nya diorg sume da gi mandi jeram, sangat sejuk dan deras kay air jeram tu…



Lepas sume da kesejukan, berjalan la kitaorg balik ker resort, dalam 5 minit jek, x jauh pun….smpi jek kat depan chalet tu…aktiviti seterus nya adalah main baling tin….memandangkan bola x bawa so amik la batu balut banyak2 dengan surat kabar, boleh tahan sakit gak la kalu kena..hehehe (sapa suh tak bwk bola plastik)…wat 2 group, so I ngan incik somi group lain2 kay…(x aci klu group sama)… best gler main baling tin nie, macam anak ayam sume larik sebab takut kena baling dengan bola batu tu..hikhikhik..setelah diberi beberapa kali percubaan baling tin (ramai yang tak tau main) kena la wat demo skit…

Ini group kami yg menang (pic atas)..yipee
Ni pulak group lawan yang kalah(pic bwh)…

Memandangkan group yang menang (kami la tu) da lebih 1 mata so kami pun cepat2 la ckp da penat main….tu yg leh menang tu, hakhakhak…semput semua nk larik kejar bola….tapi xkisah la sapa menang sapa kalah pun sebab main ni pun sajer suka-suka, yang penting sume happy maa..
Abis jek game sume dok sibuk, ader yang hidupkan api utk bbq la, ada gak yang gi mandi..i of course la gi mandi dulu..hihihi (kate chef tuk mlm tu)….lpas da mandi, siapkan bahan-bahan nak masak sardine n goreng bihun……dak2 rafting lak tolong hidupkan unggun api….mana yang xmemasak tu dorang layan tarian buluh….(tukang ngajor dier incik azmeer aka chief surveyor kat site tu…hari2 dok suh kitaorg nk praktis tp akhir nya I leh skip dr join sbb sibok nk masak-masak..hihihi seb baik tau)