Wednesday 6 July 2011

Rafting, BBQ & Caving @ Gua Tempurung Gopeng, Perak – Part 2

bersambung dr Part 1 yer tuan2, Puan2, Cik2..

5hb June 2011, Ahad

So pagi-pagi lg da bangun kemaskan barang-barang bbq smlm, sebab nk gi masuk gua kul 9. Kalau sesiapa yang tak tahu, Gua tempurung ini terletak di Perak Darul Ridzuan. Sebab kat perak lah kiteorang pergi. Kalau jauh-jauh takdanye kiteorang nak pergi (ley caye ke?). Kiteorang ingat nk amek pakej yang paling mahal/paling mencabar nama dia “THE GRAND TOUR”. Harga dia RM22 untuk seorang. Tapi cancel last minute, tukar ke tour no.3 “ Top of the World & Short River Adventure” RM 11. Tapi memang best lah. Korang akan memanjat, menggelongsor, membasahkan badan, merangkak dan macam2 lagi kurang adventure skit la drpd Grand Tour tu…. Nak tahu lebih lanjut tentang tour yang ada klik sini yer..Hehe. Meh i quote dari page dia sket.

“expect thrilling moments as you have the adrenalin-pumping spelunking adventure of your life time. You will wade through the underground river that reaches chest level at certain stretches, duck-walk and crawl through holes, climb almost vertical walls and slide down slippery stones. The physical challenges will be worth it”

Jadi layan gambar-gambar dulu yer, citer panjang skit...




Perjalanan keluar tidaklah sesukar perjalanan masuk. Ini kerana kami menggunakan laluan yang berbeza. Walaupun laluannya kurang mencabar, tapi kena la mendaki sejumlah 600++ anak tangga gak la utk menuju ke puncak gua yang dikenali sebagai Top of The World. Tangga menuju ke situ amat curam dan tidak mempunyai tempat atau pelantar yang membolehkan peserta berhenti melepaskan lelah. Mahu tak mahu, maka hendaklah teruskan juga pendakian sehingga ke puncak. Di puncak, kami dapat memerhatikan dengan jelas stalakmit yang gergasi bersaiz kira-kira tujuh pemeluk manusia.



Kemudian, kami meneruskan perjalanan dengan menuruni kira-kira 643 anak tangga yang ada kalanya tidak sekata, tidak lurus, bercerun. Sebenarnya perjalanan turun bukanlah betul-betul turun. Ada kalanya kami perlu menaiki anak tangga dan ada kalanya kami perlu menuruni anak tangga. Tapi jumlah anak tangga yang perlu dinaiki kurang daripada jumlah anak tangga yang perlu dituruni. Dalam perjalanan turun, kami dapat melihat pelbagai bentuk permukaan stalaktit dan stalakmit yang terbentuk hasil daripada pengaliran air di gua batu kapur ini. Ada diantaranya ialah, yang berbentuk seperti Kuda Laut, perempuan mengandung, kapal angkasa, ikan pari, itik berenang, muka kucing, perempuan bertudung yang sedang tidur. Tapi, yang paling menarik perhatian ialah batu yang berbentuk perempuan mengandung. Ini kerana ia kelihatan seperti perempuan berambut keriting panjang, berwajah bulat dan keadaan perutnya yang kedepan seakan-akan perempuan mengandung.

Setelah penat naik turun tangga, sampai la ke laluan yang memerlukan kitaorg turun dengan cara mengelongsor. Ia merupakan laluan yang paling mencabar kerana terpaksa mengelongsor turun cerun yang curam. Kitaorg tidak berpaut pada sebarang tali. Semua dapat melakukannya dengan sempurna. Selepas itu, kitaorg dikehendaki meloloskan diri kedalam lubang yang berdiameter kira-kira 70cm. Kami diminta turun dengan perlahan-lahan dengan cara kaki ke bawah. Bagi orang yang badannya bersaiz XXL, memang laluan ini agak sukar baginya. Hehehe…




Perjalanan dalam gua tu lebih kurang 4 kilometer. Masa tu kitaorang berjaya keluar dari gua itu setelah 2 1/2 jam berada di dalam gua tersebut.




Ni memang pengalaman pertama I masuk gua lah. Meh la I bagi tips sikit kalau nak amek pakej “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni.

Pakaian: kalau boleh pakailah seluar panjang yang tebal sikit sebab korang akan menggelongsor dan merangkak. Agak-agak taknak luka, calar pakailah pakaian yang sesuai. Oh jangan lupa bawak pakaian lebih untuk tukar nanti, tapi tu boleh je tinggal dalam kete

Kasut: Disebabkan korang akan memanjat, menggelongsor, masuk air, keluar air. Pakailah kasut yang “water-grip”. Tapi ade je yang pakai crocs masuk dalam gua tu. Seelok-eloknya pakailah kasut untuk keselamatan.

Lampu suluh: dalam gua tu nanti memang gelap gila lah. Kalau korang tak ada lampu memang tak nampak apa-apa. Kalau boleh, bawak lampu suruh yang boleh ikat kat kepala supaya senang nak berjalan.

Tenaga: Korang akan stay dalam tu 4jam (maksimum kot), bawaklah air yang secukupnya dan makanan tenaga supaya korang sentiasa bertenaga meneruskan perjalanan.

Kamera: I dah bagi tahu yang “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni akan masuk air, panjat2, gelongsor. Oleh itu, bawaklah camera yang bersesuaian ye. Kalau korang yakin giler, nak bawak DSLR pun boleeeee… =p (macam I, hehehe)


Beg: bawaklah bagpack yang kalis air. (Pinjam bag cikubi)

gambar i n sugarplum


Sekian

No comments:

Post a Comment