Thursday, 14 July 2011

MyToddlerPhotos.com....Soft Launch Promotion!!

*
*
*
*
*
*
Klik sini : http://www.mytoddlerphotos.com/ 


Sempena pelancaran MYTODDLERPHOTOS ni, ada banyak promosi utk TODDLERS Photography. 

Serendah RM350 pun ada, lain-lain package uols check sendiri kat website dier kay..uols akan ade koleksi gambar si kecil kesayangan uols utuk dijadikan memori 

yang pasti akan menjadi gelak tawa sekeluarga bila ditatap pada masa akan datang..



Untuk promosi yang menarik lagi tertarik ini..if  uols sume berminat leh la klik , macam-macam ada... sini pun ada sample gak kalu uols nk tengok2. 




mari support biz Cik Inda & Cik Min saya..nanti Cik Inda dah kaya jgn lupe banje arissy tauu!

ehehe.

wuwuwuuuuu Cik Inda n Cik Min saya dah ade bisnes.

all the best Cik Inda & Cik Min..! arissy luv u so seteronggg...


:DD

Friday, 8 July 2011

BBQ + Berkelah di Sg. Congkak~~!!

Pada awal bulan June yg lepas, I ngan cik puan Aznie (AA) plan nk gi berkelah plak…so kami pun pilih la sungai congkak sbb nak bawak dak tenit dua org (Tia n Cikubi) gi mandi manda kat sana…so pas plan2 sume, pilih la tarikh 12 June bersamaan hari ahad…malam sebelum gi sana tu, I sebagai ajk bakar2 ni…buat la operasi perap memerap ni….antara bahan yg kami nk bakar sok adalah ayam, sosej, ikan, kambing n jagung jek..xbyk pun sbb cik puan AA pun akan bwk makanan gak (kari ayam, nasi, sandwich, agar2), incik Tom pulak bawa jajan-jajan dengan air minuman.

Kali ni plan 3 family jek yang pegi, family I, family incik tom mot dan cik puan AA serta incik sominya (dorg ni parent to be)…

Kul 8 janji kat petronas taman tenaga, n seperti biasa tukang bagi direction yang paling lambat skali…hehehe (sbb nya tunggu nasi masak)…sowi patut nya I yg kna masak..

Gerak gi sg congkak dalam kul 8.30am gitu…smpi dalam kul 10lebih kot,

So sampai jek sana terus gi cari tempat port, parking rm 5 per kereta, chalet rm50 (ikut jenis chalet la) per hari.

ni la chalet yang kitaorg sewa

Pas da letak barang semua, dak kenit berdua tu lak pantang nampak air....da x sabar nk mandi. 

Dua org dak tenit yang xsabar nk menyertai acara mandi manda..

Oleh kerana sampai awal pagi, so kami sume gi la mandi-mandi dulu....dak-dak kenit tu bukan main happy lagi termasuk la yang bapak-bapak budak n bakal jd bapak org pun bukan main pose kat dalam sungai...

Dalam kul 12 baru la start bakar membakar, memang besh la...macam-macam ada makanan, mengalahkan makan 20org nyer lak..hehehe




Kerja bakar-bakar diserahkan kepada kaum lelaki yer, kitaorg kaum ibu2 dok sediakan makanan yang lain lak...dak kenit berdua tu da otw nk tido pas penat main air.

Bila da siap masak, apalagi...makan time a


Memandangkan semua da kenyang n Cikubi & Tia pun da bangun, maka nya seround dua lagi la mandi sambil bergambar bersama-sama (tenkiu incik tripod)


Kalu diperhatikan, ada tiga group kaler pada ari tu...hehehe, boleh lak tak perasan dari awal. Ada group uma putih (Cik Puan AA laki bini), uma hitam (Incik Tom Mot) dan uma coklat (family i lor)...


Pas semua da penat mandi, masa tuk pulang...tapi hujan la plak kejab, so duk dulu 1/2 jam. Otw nk balik tu, incik Tom nak berenti beli pucuk paku. Seb baik ader lg, incik somi lak nampak ada cendawan sisir pun beli gak....

(dialog semasa proses nk membeli..hehehe)





Wednesday, 6 July 2011

Rafting, BBQ & Caving @ Gua Tempurung Gopeng, Perak – Part 2

bersambung dr Part 1 yer tuan2, Puan2, Cik2..

5hb June 2011, Ahad

So pagi-pagi lg da bangun kemaskan barang-barang bbq smlm, sebab nk gi masuk gua kul 9. Kalau sesiapa yang tak tahu, Gua tempurung ini terletak di Perak Darul Ridzuan. Sebab kat perak lah kiteorang pergi. Kalau jauh-jauh takdanye kiteorang nak pergi (ley caye ke?). Kiteorang ingat nk amek pakej yang paling mahal/paling mencabar nama dia “THE GRAND TOUR”. Harga dia RM22 untuk seorang. Tapi cancel last minute, tukar ke tour no.3 “ Top of the World & Short River Adventure” RM 11. Tapi memang best lah. Korang akan memanjat, menggelongsor, membasahkan badan, merangkak dan macam2 lagi kurang adventure skit la drpd Grand Tour tu…. Nak tahu lebih lanjut tentang tour yang ada klik sini yer..Hehe. Meh i quote dari page dia sket.

“expect thrilling moments as you have the adrenalin-pumping spelunking adventure of your life time. You will wade through the underground river that reaches chest level at certain stretches, duck-walk and crawl through holes, climb almost vertical walls and slide down slippery stones. The physical challenges will be worth it”

Jadi layan gambar-gambar dulu yer, citer panjang skit...




Perjalanan keluar tidaklah sesukar perjalanan masuk. Ini kerana kami menggunakan laluan yang berbeza. Walaupun laluannya kurang mencabar, tapi kena la mendaki sejumlah 600++ anak tangga gak la utk menuju ke puncak gua yang dikenali sebagai Top of The World. Tangga menuju ke situ amat curam dan tidak mempunyai tempat atau pelantar yang membolehkan peserta berhenti melepaskan lelah. Mahu tak mahu, maka hendaklah teruskan juga pendakian sehingga ke puncak. Di puncak, kami dapat memerhatikan dengan jelas stalakmit yang gergasi bersaiz kira-kira tujuh pemeluk manusia.



Kemudian, kami meneruskan perjalanan dengan menuruni kira-kira 643 anak tangga yang ada kalanya tidak sekata, tidak lurus, bercerun. Sebenarnya perjalanan turun bukanlah betul-betul turun. Ada kalanya kami perlu menaiki anak tangga dan ada kalanya kami perlu menuruni anak tangga. Tapi jumlah anak tangga yang perlu dinaiki kurang daripada jumlah anak tangga yang perlu dituruni. Dalam perjalanan turun, kami dapat melihat pelbagai bentuk permukaan stalaktit dan stalakmit yang terbentuk hasil daripada pengaliran air di gua batu kapur ini. Ada diantaranya ialah, yang berbentuk seperti Kuda Laut, perempuan mengandung, kapal angkasa, ikan pari, itik berenang, muka kucing, perempuan bertudung yang sedang tidur. Tapi, yang paling menarik perhatian ialah batu yang berbentuk perempuan mengandung. Ini kerana ia kelihatan seperti perempuan berambut keriting panjang, berwajah bulat dan keadaan perutnya yang kedepan seakan-akan perempuan mengandung.

Setelah penat naik turun tangga, sampai la ke laluan yang memerlukan kitaorg turun dengan cara mengelongsor. Ia merupakan laluan yang paling mencabar kerana terpaksa mengelongsor turun cerun yang curam. Kitaorg tidak berpaut pada sebarang tali. Semua dapat melakukannya dengan sempurna. Selepas itu, kitaorg dikehendaki meloloskan diri kedalam lubang yang berdiameter kira-kira 70cm. Kami diminta turun dengan perlahan-lahan dengan cara kaki ke bawah. Bagi orang yang badannya bersaiz XXL, memang laluan ini agak sukar baginya. Hehehe…




Perjalanan dalam gua tu lebih kurang 4 kilometer. Masa tu kitaorang berjaya keluar dari gua itu setelah 2 1/2 jam berada di dalam gua tersebut.




Ni memang pengalaman pertama I masuk gua lah. Meh la I bagi tips sikit kalau nak amek pakej “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni.

Pakaian: kalau boleh pakailah seluar panjang yang tebal sikit sebab korang akan menggelongsor dan merangkak. Agak-agak taknak luka, calar pakailah pakaian yang sesuai. Oh jangan lupa bawak pakaian lebih untuk tukar nanti, tapi tu boleh je tinggal dalam kete

Kasut: Disebabkan korang akan memanjat, menggelongsor, masuk air, keluar air. Pakailah kasut yang “water-grip”. Tapi ade je yang pakai crocs masuk dalam gua tu. Seelok-eloknya pakailah kasut untuk keselamatan.

Lampu suluh: dalam gua tu nanti memang gelap gila lah. Kalau korang tak ada lampu memang tak nampak apa-apa. Kalau boleh, bawak lampu suruh yang boleh ikat kat kepala supaya senang nak berjalan.

Tenaga: Korang akan stay dalam tu 4jam (maksimum kot), bawaklah air yang secukupnya dan makanan tenaga supaya korang sentiasa bertenaga meneruskan perjalanan.

Kamera: I dah bagi tahu yang “ Top of the World & Short River Adventure” or “Grand Tour” ni akan masuk air, panjat2, gelongsor. Oleh itu, bawaklah camera yang bersesuaian ye. Kalau korang yakin giler, nak bawak DSLR pun boleeeee… =p (macam I, hehehe)


Beg: bawaklah bagpack yang kalis air. (Pinjam bag cikubi)

gambar i n sugarplum


Sekian

Rafting, BBQ & Caving @ Gua Tempurung Gopeng, Perak - Part 1

Salam semua, maaf jikalau terlambat update blog ini disebabkan sibuk ke sana sini sepanjang bulan May & June yang lepas. Pada 4-5 June 2011, club SHK (Suka Hati Kami) plan buat aktiviti caving & rafting di Gopeng, Perak.

4hb June 2011, Sabtu

Untuk aktiviti rafting di pagi 4hb tu cume 4 org jek yg cuba tapi tak termasuk diriku n incik somi, balance yg lain sume dtg tengahari. Aktiviti rafting adalah dibawah pengawasan pihak Riverbug

So I n incik somi (cikubi x ikut, dier tinggal kat uma Tok Mama) tghari baru gerak gi gopeng..sbb malam tu tido lambat, ye la nk kena siapkan bahan-bahan tuk BBQ nnti….i ni kan ajk makanan bhgn bakar2 ni..

Masa otw nk gi gopeng, jam bukan main….keta bukan main byk maybe sbb cuti Public holiday n awal bulan kan, so sume org pun gi jejalan la….dekat 2jam lebih gak la nk sampai, otw tu ader kebakaran lak kat tepi highway dekat ngan bukit beruntung…




Bila da sampai Gopeng dalam kul 2lebih, mereka yang gi rafting td amik kitaorg then bwk gi tempat penginapan kali ni, yang mana mula2 plan nak tido dalam khemah, tp last minute cancel sbb khemah byk rosak…so tido kat resort chalet jek lor….jadi la

Pas letak2 brg sume, kami berdua pun gi cari kedai makan sbb da kelaparan, balik dari makan tengok sume da tak der, rupa2 nya diorg sume da gi mandi jeram, sangat sejuk dan deras kay air jeram tu…



Lepas sume da kesejukan, berjalan la kitaorg balik ker resort, dalam 5 minit jek, x jauh pun….smpi jek kat depan chalet tu…aktiviti seterus nya adalah main baling tin….memandangkan bola x bawa so amik la batu balut banyak2 dengan surat kabar, boleh tahan sakit gak la kalu kena..hehehe (sapa suh tak bwk bola plastik)…wat 2 group, so I ngan incik somi group lain2 kay…(x aci klu group sama)… best gler main baling tin nie, macam anak ayam sume larik sebab takut kena baling dengan bola batu tu..hikhikhik..setelah diberi beberapa kali percubaan baling tin (ramai yang tak tau main) kena la wat demo skit…

Ini group kami yg menang (pic atas)..yipee
Ni pulak group lawan yang kalah(pic bwh)…

Memandangkan group yang menang (kami la tu) da lebih 1 mata so kami pun cepat2 la ckp da penat main….tu yg leh menang tu, hakhakhak…semput semua nk larik kejar bola….tapi xkisah la sapa menang sapa kalah pun sebab main ni pun sajer suka-suka, yang penting sume happy maa..
Abis jek game sume dok sibuk, ader yang hidupkan api utk bbq la, ada gak yang gi mandi..i of course la gi mandi dulu..hihihi (kate chef tuk mlm tu)….lpas da mandi, siapkan bahan-bahan nak masak sardine n goreng bihun……dak2 rafting lak tolong hidupkan unggun api….mana yang xmemasak tu dorang layan tarian buluh….(tukang ngajor dier incik azmeer aka chief surveyor kat site tu…hari2 dok suh kitaorg nk praktis tp akhir nya I leh skip dr join sbb sibok nk masak-masak..hihihi seb baik tau)

Monday, 27 June 2011

Felda Residence Tanjung Leman, Mersing

bersambung dr entry TLBR,

Sebenarnya, saja jek tukar tempat tido untuk 2nd nite, memula mmg booking TLBR tuk dua malam tp memandangkan Felda Residence ni pun byk bilik kosong, so berpindahlah kami ke sana....

Lepas check out dr TLBR,
kitaorg terus gi kenduri kawin mber skool incik somi..pas da kenyang n incik somi pun da jumper kengkawan dier...

rissa n incik somi…kat uma kenduri

so bergerak la kami ke tempat yg nk dituju iaitu Felda Residence lor…..

Pintu masuk ke FR….

and yang paling penting.....harus la ada swimming pool....penat main pasir and air laut dkt TLBR smlm, ari ni leh terjun pool plak...sure Rissa happy giler......if buat family day kat sini pun best gark nie…hurm! menarik gark idea nie......wokeh! masuk buku....!

swimming pool yang boleh nmpk dr depan bilik kitaorg

Check in patutnya pukul 2 tp sampai kul 3 pun bilik still tak kemas2 lg, sangat lambat kay housekeeping kat sini.....service lain okay tp tang yang satu ni mmg choi tul....da la rissa da start mengamuk, dekat kul 3 setengah baru terhegeh-hegeh nk kemas.....bukan takat bilik kitaorg jek, bilik ader pakcik sekeluarga kat sebelah kitaorg pun rupernyer tak kemas2 lg dr org lain check out.....ish3x...nk kena komplen la nie....

so sementara tunggu diorg kemas bilik...

rissa pose kat luar bilik

mummy n rissa depan pintu bilik

layan gambar dulu yer...

cikubi n incik turtle


kami bertiga

gambar yang ditangkap guna timer (sbb tripod malas nk kuarkan dr bag)

Nak tahu details hotel ini, please visit http://www.feldatravel.com.my , kat bawah ni senarai harga bilik dan lobby kat Felda Residence:-



so pas simpan sume bag, kitaorg pun sesiap nk gi terjun kolam..rissa da tak sabar2 da.....gambar xbyk sbb sibok mandi tiga beranak...so layan la gmbr yang ada...hehehe

kakiku disebelah kakimu...kihkihkih

papa nk ajar cikubi menyelam

pas da penat berenang, kitaorg pun naik bilik, mandi n tukar baju tuk kuar gi makan....

kitaorg makan x jauh pun, dekat kedai area situ jek, malas nk cr yang jauh.....

balik bilik, rissa pun sibok nk tangkap gambar....

pose sebelah lampu...

papa n mimi nk order apa???

lepas pnat pose, masa tuk tido......sok nk balik da....

Thursday, 23 June 2011

Trip 3H 2M ke Tanjung Leman & Felda Residence

fuh......berzaman sudah baru nk wat entry pasal gi Tanjung Leman nie, actually tujuan utama gi sana sbb incik somi nk gi kenduri kawin kawan2 time skool dulu kot...so bercuti la 3H2M start dar 28 May - 30 May, patut nya ada 2 kenduri tp yang jadi gi nyer adalah 1 (29hb nyer) ajer..sbb nyer....smpi Tanjung Leman da kul 1 lebih kot, kitaorg sewa chalet kat TLBR (Tunjuk Laut Beach Resort) utk 1 malam jek...padahal da booking tuk 2 mlm sbb yang 1 mlm lg kitaorg plan nk tido kat Felda Residence plak..hehehe...

so citer start kat TLBR dulu kay.......

1ST - 28 MAY 2011

perjalanan nak sampai TLBR ni bukan la mak oi kemain jauh nyer...kna lalu jalan yang kiri kanan hanyalah ada pokok kelapa sawit jek...jauh gak ke dalam, kena lalu dulu felda tengaroh sume tu barulah sampai...tp sebelum sampai TLBR tu, akan jumpa Felda Residence dulu yang mana mlm ke 2 akan tido situ lak..hihihi


signboard TLBR


kitaorg booking bilik deluxe yg ada 1 double bed n 1 single bed (tuk cikubi, so far chalet tu okay la drpd yang kitaorg pernah tido kat Mlaka aritu (opss..entry gi mlaka pun xsempat2 nk tulis)


Cikubi ngan incik turtle

pas jek letak bag2 segala, perut memasing pun da lapar sbb lum lunch (bajet nk makan nasi kenduri)...memandangkan x jd gi kenduri so terjah la gi cari kedai makan dekat2 situ...

Bler da kenyang, masuk chalet mata pun da kuyu…Incik somi ngan cikubi da landing baik punyer, apa tunggu lg ZZzz lor..nk layan tivi lak chanel xder yang menarik……dalam kul 5 cikubi pun bangun jd kami pun sesiap nk gi mandi pantai….sbenarnya dari sampai-sampai td da cikubi nk mandi….tukar uniform sume, masa tuk mandi laut…….


cikubi excited dapat mandi laut


anak beranak yang suka main air



cikubi tgh scrub kaki guna pasir


separuh badan cikubi kna timbus ngan pasir, papa dier buat...


istana pasir queen arissa aka cikubi


berjalan di persisiran pantai diwaktu petang


otw lik ke chalet


da sampai chalet......

masuk jek chalet, mandi lagi pastu bagi dak kenit tu susu terus tido smpi kul 8.

kul 8 kuar gi cari kedai makan tuk dinner la, incik somi da janji ngan geng2 dier nk jumpa kat kdai makan...

balik chalet ader lak segerombolan india wat family day lak kat TLBR mlm tu, maka bising la smpi ke malam tp seb baik sampi kul 12 jek bising nyer,baru dapat tido ngan lena....


NEXT DAY - 29 MAY 2011

Sok pagi2 cikubi da bangun ajak gi mandi laut, tp papa dier still tido..so mummy bawak la cikubi gi jalan-jalan tepi pantai jek...


posing kay dak kenit nie..

da penat berjalan, kami berdua pun lik la chalet....pastu papa cikubi bawak dier gi mandi laut sementara mummy kemas bag2 tuk check out.....

Felda Residence------------bersambung

Thursday, 16 June 2011

Manyak ~~!!

Waduh...waduh,

banyak sungguh entry percutian + aktiviti yang blum buat lg antaranya :-

1. 28hb May - 30hb May ( Tunjuk Laut Beach Resort + Felda Residence, Tanjung Leman)


(cikubi ngan incik turtle)


2. 4hb Jun - 5 Jun ( Rafting + Caving dekat Gua Tempurung + Lata Kinjang)


( Gua Tempurung)


3. 12hb Jun ( Berkelah + BBQ kat Sg. Congkak)...



(acara bergambar di dlm air)


so setiap entry ni akan ku cerita satu per satu.....