Thursday, 19 May 2011

Apa Petua Ubat Sakit Tekak?????

Pg tadi terjaga dari tidur sebab tekak rasa perit yang amat sangat. Lansung tak boleh tidur balik. Terus bangun dan masak air serta open internet.

Sambil minum air bergelas - gelas, terus menggooggle 'Petua Ubat Sakit Tekak'. Banyak betul petua - petua yang dijumpa, tapi semua bahan - bahan yang dikehendaki semua takder. Nampaknya nanti kenalah pergi klinik. Sebab terlalu sakit sangat sampaikan nak telan air lur pun rasa sakit.

Jadi ini adalah antara petuanya.

Air Garam Ubat Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.
Caranya:Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

p/s: Tidak cuba sebab tak nak guna garam. Hehehe

Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.

p/s: Limau kasturi pulak takder. Huhuhu

Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

p/s: xsuka makan tomato. Huhuhu





So, kesimpulannya. Saya pun minumlah air bergelen - gelen. Bagus jugak untuk penghadaman. Erkkk ~ Jap! Nak ke tandas!

Friday, 6 May 2011

Welcome!!

Apa yang nak dikongsikan dan aper yang nak ditempelkan pun tak tau lagi, 
Ni baru langkah2 permulaan blog, Baru nak blaja sharing...
Whut...sharing is caring,Hopefully.....

Langkah permulaan masuk ke dunia blogger...



Now I'm blogger....Welcome to me!!


Nota Kaki:- Pasni banyak ler blog2 yg aku redah..nak jadikan panduan...