Memandangkan gambar-gambar untuk photoshoot ahad lepas jek ada dalam lappy ni, so dimulakan dengan acara tersebut dulu la yer.....tuk yang lain-lain tu tunggu bila kerajinan melanda, almaklum la...sejak start keje baru ni,tak berkesempatan nak berblog...padahal online sentiasa,
So ahad malam dalam kul 8 lebih tu, ai sefamily pun kluar la rumah untuk menuju ke rumah maharani aka mama aka maimon mutallib, on d way nak ke sana keluar dari bandar puteri adalah sedikit jem..padahal ahad malam tu..lain la kalu hari bkerja, memang selalu jem la..selang dua tiga depan kereta ai ada kereta polis ni..laju kemain, elok pas flyover ke puchong intan arah ke shah alam kereta depan makin slow...nampak la lampu kereta polis tu nyala, rupa-rupanya ada eksiden sebelum u-turn dekat tol ldp...kereta langgar moto kot, sebab dekat dengan moto tu ada india tua da terbaring berdarah-darah...memang nampak la sebab lalu sebelah jek, ngeri lak ai tengok walaupun tak parah...nasib india tua tu tak dapat dipastikan sebab helmet yg dia pakai da tercabut...
Pas tengok eksiden tu jap (sekali lalu jek), ai sefamily pun terus kan perjalanan gi uma maharani, sampai sana maharani lum balik lagi sebab dier gi open house (nama pun mood raya lagi)......so lepak-lepak dulu sebelum start,OP untuk malam tu adalah incik somi..hehehe, elok maharani sampai bersiap-siap la semua berbaju raya walaupun da nak habis raya.
Jadi layan la gambar-gambar tuk acara photoshoot raya di bawah ni yer...
Tema untuk baju raya tahun ni adalah dipilih oleh maharani dan penolong kanannya, bunga-bunga tuk seisi keluarga.
Mula kan dengan gambar puan nya blog sefamily
Maharani dan anak-anak
mr & mrs kepit's sefamily & maharani
puan blog sefamily & maharani
cikubi dengan senyuman yang manis...
maharani bersama-sama bodyguard2 nya
maharani dengan penolong2 kiri kanan nya
maharani dengan ai n incik somi
dan gambar rasmi untuk acara photoshoot adalah gambar beramai-ramai
memandangkan photoshoot dibuat pada hari ahad dan hari besoknya nak keje maka tak perlulah banyak sangat bergambar yer....hehehe
sebelum balik pose tuk kali terakhir
me and incik somi
Maka untuk raya kali ni, hanya phootshoot ni jek yang berjaya dilakukan setakat ini, untuk my family seremban...jom la kita gi serbu kat studio cik inda n cik min kalu nak wat photoshoot..hehe, family pekan pun tak der gambar rasmi raya sebab tak sempat nak berphotoshoot kerana gi wat lawatan sambil beraya.